Sunday, 12 August 2012

BIRTHDAY EVY & FAHANI

ptg yang penuh kebosan,
tetiba dapat cal dari biha.
biha kata nak celebrate birthday evy.
pastu dia set lah time kul 8.30 gerak.

pastu aku tak tau plan biha ape je coz tetiba je kan..
then kul 8.30 aku terus gerak ke rumah biha.
sampai je, semua tgh bersiap.

maka, biha pun bgtau plan dia.
biha kate bkn nak  sambut birthday evy je
tapi fahani sekali.
dengan senyuman, masa ni lah untuk balas dendam ngan fahani..hehe
ape taknya, habis tuala n rambut aku kena kek time birthday aku au..huhu

jadi malam tu, kiteorang tgg lah evy kat bawah tower.
yang pergi aku,ika,biha,fara,fahani, mila and evy
ni first time jalan2 ke coboy malam2..
dulu pernah pg pagi2 jogging ngan diorg.
ni plak malam.

suasana malam tu agak sunyi.
tapi nasib baik lah bwk fon untuk hilang kesunyian
masa tu fahani ika n mila dah jalan awal ke depan
kami plak biha,aku fara n evy
terkedek2 kat belakang
time tu plak evy tgh selsema.

kiteorang tgk dr belakang 
mila n lain2 kena kcu kat depan
nasib baik kami tak ada apa2.

pastu dah sampai kat padang besar dekat bunga api,
ternampak lah kelibat azizi ngan akmal.
di pendekkan cerita, azri tersorok kat belakang restaurant tu kot.
pastu, lepas aku n biha cek duit.
kami tgk ika tgh cover line pgl evy kat tepi pokok.
lepas tu kiteorang mintak fahani plak bwk evy pergi.

pastu bru lah pgl evy untuk celebrate.
kebetulan ada mat2 motor kat situ nyanyi lagu.
so, rasanya evy dah perasan kot..
pastu, keluar lah azri dari tempat persembunyiannya..hehe
tapi masa tiup lilin tu,
aku n biha dah ready nak baling tepung.
fahani plak ingat kiteorang nak bling kat evy.
last2 dia yang kena..hahaha
kasian fahani, abis tudung dia bertukar warna.haha
(padan muka kau fahani-jgn marah)


 ni gambar time nak poteng kek
khas untuk evy & fahani


dan tiba masanya mercun pun meletup




 pastu kami bersambung main tepung..hehehe

















ini lah gambar2 yang sempat aku letak kat sini.
klu korang tgk memang best.
sebenarnya mmg best pun..haha

blik tu, terpaksa mandi sekali.
sebab abis tepung melekat kat badan au..
klu tak mandi mesti gatal2..
btol tak??hehe
 yang sebenarnya birthday evy esoknya 13/8
dan fahani plak 16/8

Monday, 6 August 2012

PRESENTATION MARKETING + INSURANS

sem 4 ni banyak betul presentation.
kiranya sem ni byak kerja lah..
penat btol..
first present hai tu ekonomi malaysia
pastu minggu yang sama presentation berderet2 cam insurans n marketing

yang insurans plak kena buat dua kali
kasian betul group yang pertama dan kedua ni..
iaitu group aku ngan farhana.

faham2 je lah klu dah jadi group pertama ni.
nervous nya terlebih.

ni present kami kedua.
pakaian kami dah macam orang bernasyid plak..hehe
yang gambar bawah plak group kedua



pastu, bila present marketing dapat group ketiga
group pertama evy then kedua hasrinda
present kami dibuat hari khamis 9/8
itupun just 3 group
minggu depan baru group seterusnya

dah habis present,
kelas bisnes com plak.
minggu ni mgg last ada kelas
kesempatan itu bergambar dgn miss nareena





klu tgk baik2, mcm kembar 3 dah..hehe


setelah itu, group seterusnya yang present marketing





akhirnya, abis jugak semua masalah untuk sem ni..
sem ni btul2 penat dan bermasalah..
btul tak??hehe

Friday, 3 August 2012

COPY CITE JANGAN GELAK


"JANGAN GELAK 1:Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak...Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkannamamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah....

"JANGAN GELAK 2:Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapaberat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin kompute rmenjawab: "52 kg!"Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang..jangan ramai- ramai!


"JANGAN GELAK 3:Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Thursday, 2 August 2012

COPY KISAH CIKGU & MURID

Cerita ni aku dapat kat email kisah Cikgu dan Murid yang Lucu.


Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah..

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam
awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak
uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Berjaya!

Murid-murid: Usno!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata USNO salah!

Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) Sebentar kemudian,
loceng pun berdering.Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling
ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi
esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.

Moral Of the story : Biar Lawak, Lucu, Kelakar, Jenaka dan ada sense of humor tapi jangan jadi Lawyer Buruk..Setuju tak?

Wednesday, 1 August 2012

COPY LAWAK ANAK PUNYA BULU

Cerpen lawak (Lawak tetap lawak tp ada pengajarannya)

Mak...!!! Mak...!!! Tengok ni mak...!!!!!

Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu.

"Mak...!!! Mak...!!!!

Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur.Mendapatkan emaknya. Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu. Tercungap-cungap bagaikan dikejar harimau.

"Kenapa ni Jais?" Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.

"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak.... Tengok ni mak... hehehehehe..." Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci panjangnya.

"Hish...ko ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu.... Pergi mandi cepat. Makanan pun dah siap ni."

Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dalam hatinya menyanyi-nyanyi.... "Yeah... yeah... Dah tumbuh... Bulu ketiak aku dah tumbuh... Yeah yeah.."'

Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit conditioner. Selepas mandi Jais membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya.Dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.

Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak ceritakan pada kawan-kawannya.

Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais. Kawan-kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya. Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap.

"Selamat pagi cikgu..!"

Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain.

"Selamat pagi pagi murid-murid."

Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya.

'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri.
"Baik.... Dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang. Kucing ker, adik kamu ker, tak kira la... apa-apa saja."

Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Duduk di kerusi. Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yang disuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya.

Bulu ketiak saya

Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun.Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah.

Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiaksaya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban ayam. Tunggu ayam bertelur.

Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya sayang bulu ketiak saya.

Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah.Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti Jais dah tumbuh bulu ketiak.

Habis sekolah, Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah.

"Jais mari sini..!!" Salah seorang dari mereka memanggil Jais.

"Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh... mari la...tunjuk..!!. Kami nak tengok..!!"

Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi Tak berjaya. Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka.

"Jangan la... jangan...jangan..!!!"

Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambil menangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu ketiak Jais. Mereka ketawa..

"Hahahahahaha...!!" "Mari....mari..!! Sapa nak tengok bulu ketiak Jais..!!"

"Lelong....lelong..!!! Sapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!! "Hahahahahaha....!!!!

Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuli Jais. Jais menangis. Terbaring Jais keletihan. Lemah longlai tubuhnya. Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan. Jais meraba ketiaknya.Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis.

"Huwaaaaa.....!!!!!!!!""Huwaaaaa.....!!!!!!!!"

Selepas kejadian itu Jais lansung tak mahu pergi kesekolah. Jais tak mahu pergi ke mana-manapun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais.

"Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu."

"Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak Jais tu."

"Esok pergi sekolah yer..."

Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukkan kepalanya. Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di hatinya.....Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki melihat kelebihannya?... Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa.

THE END