Selepas aktiviti maulidur rasul jumaat itu, pihak kolej UTC buat aktiviti lain pada minggu itu jugak. aktiviti itu adalah larian hijau pada 4/3/12. maka pihak HEP telah meminta siti untuk membuat aktiviti penutup.
pada masa itu, siti mengajak kami tok membuat aktiviti tarian inang semasa kami membuat persiapan sepanduk maulidur rasul. maka masing2 telah bersetuju tok membuat aktiviti itu. semasa itu yang setuju, aku, mila, hawa, syira, evy, biha dan fara. Tapi, saat akhir hawa tarik diri dan diganti oleh atikah ghazali
(my housemate)
Pada masa ini, aku tak sangka pulak masuk tarian ini. dah lah badan aku ni keras..hahaha
latihan pertama hari khamis itu, gaya tarian tu agak susah dan badan kami tak boleh nak lembut..
kasian tengok siti terpaksa mengajar kami yang tak tau menari ni..huhu
time hari jumaat pula ( latihan 2), fara tak ada time latihan.. pastu tgh malam baru lah fara datang dgn saudara dia iaitu angah. masa buat2 latihan itu, angah telah komen bahawa tarian kami terabur dan dia sudi tok menolong kami membuat tarian yang simple.
maka hari sabtu itu adalah tarian kami yang sebetul2nya. dengan bantuan angah dia telah membuat step yang simple tok memudahkan kami. latihan sehari ini bermula dari malam hingga pukul 3 pagi rasanya.latihan dibuat kat luar clubhouse sebelah court tennis. masa ni plak ada penonton yang tak diundang plak..haha
keesok harinya, waktu pagi kami tak sempat nak buat latihan tarian itu blik coz masing2 sibuk untuk make-up.
setelah itu masa yang di tunggu-tunggu telah tiba.. jeng..jeng..jeng..
ini klip video semasa persembahan kami untuk penutup tarian green day..
akhir persembahan, sempat lagi nak posing2 ek..
biha dan fara
atikah dan mila.. mentang2 lah baju sedondon ek..hihi
posing jenis ape ni ek..hihi
gambar ini adalah latihan kami yang terakhir sebelum persembahan.
walaupun tarian kami tak memuaskan, tapi inilah pengalaman yang terindah buat kami. pada masa ini baru lah kami saling mengenali antara satu sama lain iaitu dengan mila,syira,hawa,dan siti.
kalau tak ada benda ini tentunya tak mengenali sangat tentang mereka.
lagi pun, latihan kami hanya sehari, mana lah bleh perfect sepenuhnya. btol tak??
apa pun terima kasih angah kerana telah membantu kami untuk membuat persembahan ini.kalau tidak mungkin lagi serabut di buatnya..hehe







No comments:
Post a Comment