Tuesday, 26 June 2012

KEM TANJUNG BIDARA ( JPAM)

HOHOHO... dah lame aku tak pergi mana2 kem sejak darjah 6..
aku mmg suka bab2 kem ni..
tapi sekolah menengah dah tak aktif cume byk pg lawatan je.
tapi kem ni lain.. klu dulu kat hutan.
tapi kali ni aktiviti kami kat LAUT.
wuah gerunnya..

pada pagi sabtu tu sepatutnya kami dah mula bertolak pukul 6.30 pg.
tapi menunggu plajar uitm terpaksa lah tgg sampai kul 7 lebih.
yang pergi aktiviti ni tok plajar utc ada 31 orang..
kelas aku dbm part 4 yang pergi azri,amirul,azizi,akmal,mas,evy,mila,fahani,fara dan aku
dan kami naik trak menuju ke tanjung bidara.


kasian kiteorang dah mcm ikan sardin kat dalam trak ni..hahaha


sampai je tanjung bidara kami kena daftar dan diberi taklimat.
selepas tu, dia minta kami sarapan dan salin pakain.
semasa taklimat tu, pelatih tu kate JEKET KESELAMATAN tu NYAWA..
ada jugak brg2 lain kena jaga seperti pinggan dan mangkuk.
so, kami terpaksa jaganya dengan sebaik2nya..
dan kena bawa plak ke hulur kehilir supaya tak hilang.



selepas sarapan dan salin pakaian, bermula aktiviti kami..
pertama of course la panaskan badan kan..
pastu bemula pembulian khas untuk kami..huhuhu
ape tak nya..
kami disuruh buat penyu semasa wartawan METRO datang..
gaya2 nya adalah cara penyu naik darat, pastu gali lobong, benam lobang dan last kali patah blik masuk kedalam laut.hehe

pastu aktiviti kedua dalam group.
masa ni kena buat ape tah namenye kite pun lupa..
ni aktiviti dalam laut au..
ada buat gaya lipan, pastu bulatan dan ngapung diri.

selepas berlatih buat tu, kami dilepaskan setiap group..
dan berenang cara lipan dalam group..
masa ni dapat group ngan dak kelas, aku, mas,zizi,mirul,akmal dan ada budak DIA
paling menyampah zizi bukan kayuh tangan dia tapi siram aku..
kurang asam kau zizi.
(ni fakta bukan auta k..)
nak ikut kan byak kali buat mendalah ni sepanjang 2 hari tu..
sebab tu lah bdn2 ni abis sakit..huhuhu

yang klakar bagi aku adalah time tu aku cedera sikit je..
kulit ak dah menglupas..
so, anggota jpam tu punya lah baik hantar aku ke tempat rawatan.
ni sebab si azizi yang bagi tau kat pegawai tu lah...
eee geram betol

semasa diberi rawatan tu, nurse tu suruh aku buat2 sakit..
amboi, ingat aku ni pelakon ke ape..
sebab aku kate tak reti berlakon,
dia tekan kaki aku tu guna iodine kuat2..
aduh! bapak sedap!! abis menjerit aku..
yg reporter tu ape lagi dia snap gambar aku..
ihh, tak guna btl.
harap2 tak masuk surat khabar la..huhuhu
pastu, dan2 pulak nurse tu nak tangkap gambar ngan aku
amboi, ingat aku ni artis ke hah?? 
tapi yang tolong tangkap gambar tu, tangkap gambar kaki aku..haha
nurse tu marah lah, knp plak nak tangkap gambar kaki.
patutnya tangkaplah gambar berdua..haha
dia kate nak pic gambar 2 coz aku ni patient pertama dia..
huh! terpaksa je lah terima pelawaan dia tu. hihi

dah abis tu, kami diberi group yang baru.
coz ni ada gabungan sekali dengan anggota jpam..
pastu bersambung lah aktiviti baru seperti pengenalan jpam pantai , cara menyelamatkan orang dan pengenalan kapal2..
ptg plak bebas, bleh mandi laut..
tapi keadaan laut tu berlumut..
eee... geli betol..

malam nya adalah aktiviti tentang ular..
masa ni bleh tya bermacam2 soalan bila ada ular kan rumah dan juga ada pengenalan tentang jenis obor2..
masa ni, sempat juga diorang posing tangkap gambar dengan ular..
tapi aku sempat tngkap gambar ular yang kecik je..




aduh, dengan ular kecik pun bleh geli ke..hahaha
tapi, sebab pakcik jpam tu suruh pegang la, jadi seronok aku nak pegang..huhu






selepas pengenal binatang tu semua, pastu pengenalan tentang peralatan jpam plak..
tapi, yang kena terangkan adalah anggota2 jpam tu sendiri.
pastu kami terima satu arahan lagi BOTOL MINUMAN juga NYAWA
so, kena bwk juga kemana2 dan jgn sampai hilang.

masa untuk tido plak, aku ngan mas n fara tidur lambat..
ingat kan tak nak tido..
tapi, abg alang suruh tido, terpaksa lah tido..
pastu,setiap khemah kena jaga setiap 1 jam au..
 time kami dari kul 4.00 sampai kul 5.00 pagi..
pastu terpaksa bagunkan diorang sebab nak jogging.
time ni plak baju kiteorang basah, pastu awal pg dah bgun..
aduh naye.. mcm mana lah fara bleh tak masuk angin.. btol ark??
manakala perjalan jogging tu mmg jauh..
macam dah pusing satu kampung..
pastu ada dokong pulak ngan pasangan. 
aduh, penatnya seharian tu wei..

dah abis semua tu, ada satu lagi aktiviti baru iaitu pandu bot..
wah best btol nak pandu..
tapi tu lah berat sangat stering nya..
ape tah lagi aku tak pakai kace mate..
nasib la.. klu tak bleh menyebabkan kemalangan..huhuhu
pastu kami kena lepas kat laut dan berenang blik cam lipan..
huhuhu sekali lagi..

disebabkan kami adalah kumpulan pertama yang sampai dulu, 
so, kami diberi kesempatan untuk blajar berenang dgn warden utc , abg edy
masa ni blajar pernafasan, pastu mengapung dan berenang..
yang aku reti cume ngapung je..haha
setidaknya ada 1 cara lah klu kapal aku karam kat laut..haha
tak yah susah2 nak berenang..hihi

sebelum penamat aktiviti kem ni..
sekali lagi kami kena dilepaskan kat tgh laut dan buat lipan..
huhuhu.. ingat tangan kami ni pendayung ape..
penat au buat tangan ni sebagai pendayung..huhuhu

tapi ape daya ku untuk membantah..
terpaksa jugak kena jalani.. huhu
maklumat korang, sepanjang aktiviti ni ramai sgt orang yang kene sengat api2(cam obor2)..
aku plak hampir2 nak kena..
tapi nasib baik la ada penyelamat..
terima kasih lah kepada orang itu ye..
yang kena sengat plak terpaksa tak mandi 1 hari..hahaha
kasian korang










walaupun banyak konflik dan amat2 penat..
tapi ia amat menyeronokkan sekali..
ape tak  nya, pergi jpam dapat elaun..haha
nanti ape lagi ye aktiviti jpam nak buat..
tak sabar nak tunggu, agaknya ia ajak kami lagi tak??hihi

sampai je kat asrama kolej, aku tidur kat lantai tak sedar diri.
tapi, malam tu aku mandi pastu sambung blik tido sampai lah sok paginya..
sakit giler badan2 ni au..huhu
kaki plak 'krem' tak bleh nak jalan.
tapi terpaksa jugak lah jalan coz time ni cuti mid sem dan aku nak blik jugak ke kajang.
masa ni rindu sangat pada mak..
mummy!! i miss u!! muah...
lega dapat jumpa mak sampai teminal TBS tu..huhu


No comments:

Post a Comment